LIGA SUPER MALAYSIA


Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap teratas dalam Liga Malaysia di Malaysia. Ia menggantikan Liga M sebagai divisyen tertinggi yang mana sesebuah pasukan profesional di Malaysia boleh melibatkan diri.
Liga Super mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada liga sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan liga agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia semenjak lahirnya kejohananPiala Malaysia pada 1921.Liga ini hanya menyajikan kepada lapan pasukan teratas di dalam negara ini. Pasukan dua terbawah biasanya akan disingkirkan kepada Liga Perdana Malaysia. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga telah memutuskan untuk menswastakan liga ini dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.
Liga ini pernah menggunakan lapan pasukan dan pasukan-pasukan akan bermain tiga pusingan perlawanan (jumlah 21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah/pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan yang pertama.
Daripada Liga Super Malaysia 2009, liga ini akan mempunyai 14 pasukan, dan semua pasukan akan bermain sesama sendiri hanya dua kali (jumlah 26 perlawanan).Ianya telah diputuskan bahawa semua pasukan tidak akan dibenarkan memiliki pemain asing walaubagaimanapun pada tahun 2012, FAM telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan pemain import dari luar dengan syarat yang tertentu.

JUARA
Semenjak diasaskan pada 2004, enam (6) pasukan telah menjuarai Liga Super dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008 diikuti oleh pasukan Selangor dan Kelantan.
MusimJuaraNaib JuaraTempat Ketiga
2004Pahang PahangSelangor Public Bank FCPerlis Perlis
2005Perlis PerlisPahang PahangNegeri Perak Perak
2005-06Negeri Sembilan Negeri SembilanMelaka TM FCNegeri Perak Perak
2006-07Kedah KedahNegeri Perak PerakBrunei DPMM FC
2007-08Kedah KedahNegeri Sembilan Negeri SembilanJohor Johor FC
2009Selangor SelangorPerlis PerlisKedah Kedah
2010Selangor SelangorKelantan KelantanTerengganu Terengganu
2011Kelantan KelantanTerengganu TerengganuSelangor Selangor
2012Kelantan KelantanSingapura LionsXIISelangor Selangor
2013Singapura LionsXIISelangor SelangorJohor Johor Darul Takzim FC

NAMA LIGA

Semenjak liga diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.
MusimNama
1982 - 1988Liga Malaysia
1989 - 1993Liga Bahagian 1
1994 - 1997Liga Perdana
1998 - 2003Liga Perdana 1
2004 -Liga Super

JUMLAH PASUKAN

Jumlah pasukan juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh FAM dengan membenarkan hanya 8 pasukan bertanding di Liga Super. Manakala 16 lagi pasukan bersaing di Liga Perdana yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas tiga musim FAM sekali lagi mengubah jumlah pasukan kepada 13 pasukan. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format liga yang digunakan FAM. FAM menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah pasukan kepada 14 pasukan.Bermula tahun 2013,jumlah pasukan kembali dikurangkan kepada 12 pasukan di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan.
MusimJumlah Pasukan
1982-198416 pasukan
198517 pasukan
1986-198716 pasukan
198817 pasukan
19899 pasukan
1990-199310 pasukan
199416 pasukan
1995-199715 pasukan
199812 pasukan
199910 pasukan
2000-200112 pasukan
200214 pasukan
200313 pasukan
2004-20068 pasukan
2007-200813 pasukan
2009-201214 pasukan
201312 pasukan

ANUGERAH KASUT EMAS

MusimPemainPasukanGol
2013Flag of Saint Vincent and the Grenadines.svg Marlon Alex JamesMalaysia ATM FA14
2012Cameroon Jean-Emmanuel Effa Owona
Liberia Francis Forkey Doe
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Terengganu Terengganu
15
2011Malaysia Abdul Hadi YahyaTerengganu Terengganu20
2010Malaysia Mohd Ashaari ShamsuddinTerengganu Terengganu18
2009Malaysia Mohd Nizaruddin YusofPerlis Perlis18
2007-08Flag of Saint Vincent and the Grenadines.svg Marlon Alex JamesKedah Kedah23
2006-07Guinea Keita Mandjou
Brunei Mohd Shahrazen Said
Negeri Perak Perak
Brunei DPMM Brunei
21
2005-06Guinea Keita MandjouNegeri Perak Perak17
2005Brazil Julio Cesar Rodriguez
Zambia Zacharia Simukonda
Sabah Sabah
Perlis Perlis
18
2004Malaysia Indra Putra MahayuddinPahang Pahang15
2003Zambia Phillimon ChepitaPerlis Perlis23
2002Malaysia Muhamad Khalid JamlusNegeri Perak Perak17
2001Malaysia Norizam Ali HassanNegeri Perak Perak13
2000Malaysia Azizul KamaluddinPahang Pahang12
1999Malaysia Azman AdnanPulau Pinang Pulau Pinang13
1998Rusia Viatcheslav MelnikovPahang Pahang17
1997Hungary Laszlo RepasiNegeri Perak Perak19
1996Australia Scott OllerenshawSabah Sabah18
1995Australia Scott OllerenshawSabah Sabah22
1994Malaysia Mohd Hashim MustaphaKelantan Kelantan25
1993Malaysia Mohd Hashim MustaphaKelantan Kelantan13
1992Malaysia Zainal Abidin HassanPahang Pahang12
1991Australia Abbas SaadJohor Johor11
1990Australia Alistair EdwardsSingapura Singapura13
1989Malaysia Zainal Abidin HassanSelangor Selangor12




No comments:

Post a Comment