PIALA MALAYSIA



Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.


SEJARAH PIALA DAN KEJOHANAN

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.
Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.
Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg kedua bagi mereka.

Senarai juara

TahunJuaraJaringanNaib JuaraStadium
Piala Malaysia



2012Kelantan Kelantan3 – 2Malaysia ATM FAStadium Shah Alam, Selangor
2011Negeri Sembilan Negeri Sembilan2 – 1Terengganu TerengganuStadium Shah Alam, Selangor
2010Kelantan Kelantan2 – 1Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Negeri Sembilan Negeri Sembilan3 – 1Kelantan KelantanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008Kedah Kedah3 – 2Selangor SelangorStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007Kedah Kedah3 – 0Negeri Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006Perlis Perlis2 – 1Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005Selangor Selangor3 – 0Perlis PerlisStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004Perlis Perlis1 – 0Kedah KedahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003Selangor MPPJ Selangor3 – 0Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Sabah SabahStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001Terengganu Terengganu2 – 1Negeri Perak PerakStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000Perak Negeri Perak2 – 0Negeri Sembilan Negeri SembilanStadium Shah Alam, Selangor
1999Brunei Brunei2 – 1Sarawak SarawakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998Perak Negeri Perak1 – 1 (5-3 Penalti)TerengganuTerengganuStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1996Selangor Selangor0 – 0 (5-3 Penalti)Sabah SabahStadium Shah Alam, Selangor
1995Selangor Selangor1 – 0 (gol emas)Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1994Singapura Singapura4 – 0Pahang PahangStadium Shah Alam, Selangor
1993Kedah Kedah2 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992Pahang Pahang1 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991Johor Johor3 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990Kedah Kedah3 – 1Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989Kuala Lumpur Kuala Lumpur2 – 1Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988Kuala Lumpur Kuala Lumpur3 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987Kuala Lumpur Kuala Lumpur1 – 0Kedah KedahStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986Selangor Selangor6 – 1Johor JohorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985Johor Johor2 – 0Kuala Lumpur Kuala LumpurStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984Selangor Selangor3 – 1Pahang PahangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983Pahang Pahang3 – 2 (Masa Tambahan)Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982Selangor Selangor1 – 0TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981Selangor Selangor4 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979Selangor Selangor2 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978Selangor Selangor4 – 2Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977Singapura Singapura3 – 2 (Masa Tambahan)Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976Selangor Selangor3 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974Pulau Pinang Pulau Pinang2 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973Selangor Selangor2 – 1TerengganuTerengganuStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972Selangor Selangor3 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971Selangor Selangor3 – 1Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970Perak Negeri Perak1 – 0Kelantan KelantanStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969Selangor Selangor1 – 0Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968Selangor Selangor8 – 1Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967Perak Negeri Perak2 – 1Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
Piala HMS Malaya
1966Selangor Selangor1 – 0Tentera (TLDM)Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1965Singapura Singapura3 – 1Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1964Singapura Singapura3 – 2Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1963Selangor Selangor6 – 2Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1962Selangor Selangor1 – 0Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1961Selangor Selangor4 – 2Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1960Singapura Singapura2 – 0Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1959Selangor Selangor4 – 0Negeri Perak PerakStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1958Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 3 (3-1 Ulangan)Singapura SingapuraStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1957Perak Negeri Perak3 – 2Selangor SelangorStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1956Selangor Selangor2 – 1Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1955Singapura Singapura3 – 1Kelantan KelantanJalan Rifle Range, Singapura
1954Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1953Pulau Pinang Pulau Pinang3 – 2Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1952Singapura Singapura3 – 2Pulau Pinang Pulau PinangDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1951Singapura Singapura6 – 0Negeri Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1950Singapura Singapura2 – 0Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1949Selangor Selangor3 – 2Malaysia TenteraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1948Negeri Sembilan Negeri Sembilan2 – 2 (2-1 Ulangan)Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1942-1947Tidak dipertandingkan
1941Singapura Singapura2 – 1Pulau Pinang Pulau PinangPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1940Singapura Singapura2 – 0Kedah KedahPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1939Singapura Singapura3 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1938Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1937Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1936Selangor Selangor1 – 0Singapura SingapuraJalan Rifle Range, Singapura
1935Selangor Selangor3 – 2Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1934Singapura Singapura2 – 1Pulau Pinang Pulau PinangStadium Merdeka, Kuala Lumpur
1933Singapura Singapura8 – 2Selangor SelangorJalan Rifle Range, Singapura
Piala Malaya
1932Singapura Singapura5 – 3Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1931Perak Negeri Perak3 – 1Singapura SingapuraDewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1930Singapura Singapura3 – 0Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1929Selangor Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1928Selangor Selangor2 – 2 (Berkongsi Juara)Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1927Selangor Selangor8 – 1Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1926Perak Negeri Perak1 – 0Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1925Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorStadium Jalan Anson, Singapura
1924Singapura Singapura1 – 0Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1923Singapura Singapura2 – 1Negeri Perak PerakPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1922Selangor Selangor3 – 2Singapura SingapuraPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
1921Singapura Singapura2 – 1Selangor SelangorPadang Kelab Selangor, Kuala Lumpur


Pencapaian pasukan

#PasukanJuaraNaib Juara
1Selangor Selangor FA3215
2Singapura Singapura2419
3Negeri Perak Perak FA711
4Pulau Pinang Penang FA49
5Kedah Kedah FA46
6Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA33
7Kuala Lumpur Kuala Lumpur FA31
8Pahang Pahang FA24
9Kelantan Kelantan FA23
10Johor Johor FA21
11Perlis Perlis FA21
12Terengganu Terengganu FA14
13Brunei Brunei1-
14Selangor MPPJ FC1-
15Sabah Sabah FA-3
16Malaysia ATM FA-3
17Sarawak Sarawak FA-1


Jurulatih pasukan juara

TahunJurulatihPasukan
2012Croatia Bojan HodakKelantan Kelantan
2011Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahNegeri Sembilan Negeri Sembilan
2010Malaysia B. SathianathanKelantan Kelantan
2009Malaysia Wan Jamak Wan HassanNegeri Sembilan Negeri Sembilan
2008Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahKedah Kedah
2007Malaysia Mohd Azraai Khor AbdullahKedah Kedah
2006Malaysia Abdul Rahman IbrahimPerlis Perlis
2005Malaysia Dollah SallehSelangor Selangor
2004Malaysia Norizan BakarPerlis Perlis
2003Malaysia Dollah SallehSelangor Selangor MPPJ
2002Australia Ken WordenSelangor Selangor
2001Malaysia Mat Zan Mat ArisTerengganu Terengganu
2000Jerman Karl Heinz WeigangNegeri Perak Perak
1999England Michael JonesBrunei Brunei
1998Jerman Karl Heinz WeigangNegeri Perak Perak
1997England Steve WicksSelangor Selangor
1996Australia Ken WordenSelangor Selangor
1995Australia Ken WordenSelangor Selangor
1994Singapura Singapura
1993Belanda Roberts AlbertsKedah Kedah
1992England Mike BrownPahang Pahang
1991Australia Michael UrukaloJohor Johor
1990Czechoslovakia Milous KvacekKedah Kedah


No comments:

Post a Comment